Kisah Subaru ImpreViva + Wira Buruk(bini aku cakap)+Ibu Mengandung+ Citer beli kete baru kete lama merajuk= Peh ##$%%@*@(*





Salam ,
hari nie aku tension tahap gaban tapi mmg padan ngan muka aku.

aku hari nie tajk datang sekolah kerana banjir dan aku digerakkan supaya melapor diri di sekolah allaudin di pagoh. aku pon pergi lah melapor diri macam askar.

Aku: Tuan haji saya datang utk melapor diri kerana banjir Tuan Haji.
Tuan haji: ok awak tulis nama dan tandatangan.
AKu: tuan haji boleh tak saya tandatangankan untuk kawan saya. Die kata die dah telepon tuan haji.
Tuan hAji: mana boleh . suruh org tu datang sini sain sendiri.
Aku: ah sudah masak ko zul (dalam hati lah)
ermmmmm tak pa lah tuan haji sy saja lah yang isi.

Aku: selepas ini saya nak kemana tuan haji???
Tuan Haji: awak pergilah merayau2 di sekolah ini dan apabila pelajar balik awak pon balik.
Aku: dalam hati " apa jadahnyer aku nak tunggu di sini, baik aku g muar tengok kete baru bapak mertua kau. hahah

pastu akau pon balik lah menuju kerumah bapak mertua aku dengan selambanya.

aku pon temankan kan lah bapak mertua aku g Honda showroom kat muar tuh.
then aku pergi ngan bini aku sedangkan bapak mertua aku dah kat sana lama dah.
dalam perjalanan tuh jalan sesak dan aku macam biasalah memaki hamun jalan kenapa lambat macam kure!!!!
\aku pon amek jalan pintas dan sampai dengan jayanya.

bincang punyer bincang bapak mertua aku pon setuju nak ambil honda accord 2.0 vti tuh dan aku pon balik dengan mak mertua kau dan bini aku dalam kereta Viva forever dan memandu pulang dengan kadar kelajuan hanya 90KM per minit kot.

aku punyer sembang dan aku pon berbincang lah ngan bini aku nak tukar kete Viva nie ke Honda Freed , sembang baik punyer tiba-tiba (bukan lagu tuh) streeeeeeeettttt!!!!! bang!!!!.

aku terkejut mangkuk rupenyer wira buruk dah cium bontot viva forever la plak!

dengan selamba nya aku turun kereta dan dengan selambanya aku salam mamat wira tuh namanya die "on" hahah ON .

bincang punyer bincang die ngaku salah dan aku mintak ganti rugi bengkel .

so terbanglah duit die. tapi duit aku terbang dulu kerana kompom aku gune duit aku dulu. cisssssss. then aku mmg benganglah yang teramat.

Time tuh lah aku nak servis swift aku , Viva dan bini aku nak bersalin.

dan moralnya jangan cerita nak tukar kereta baru berhampiran kereta yang nak kita tukar, kompom die akan merajuk!

mohdhafiez photoworks

Comments

Popular Posts