Friday, February 25, 2011

"Papa tak simpankan Duit Utk Saya ker?? ' Kata Mukhriz 17 tahun akan datang"





Salam .
malam nie aku baru selesai ber MTB sorang2. tadi petan ler.

Balik dari sekolah terus aku pergi sembahyang jumaat tapi sebelum tuh aku kat sekolah siap instalkan dua buah laptop yang memerlukan Potoshop! aduyai merela nie mmg bagus sangat dan baguslah suka benda itu. hehehe

Sambung semula balik dr sekolah aku singah solat jumaat di kg aku lah then semasa solat (khutbah lar) aku asyik terpikir2 berkenaan kewangan anak aku kelak jer. yerlah napa aku pikir.

so lepas solat jumaat aku bergegas pg bank maybank (yang ada kepala rimau tuh) aku masuk dan sebenarnya aku nak chek duit aku kat maybank ada berapa juta! ohhh berjuta2 lemon. dan aku nak angkat Canon lah punyer lens senapang Putih tuh. tapi memikirkan anak aku , aku memikirkan sebanyak 18 kali utk membeli benda ituh.

Keperluan atau tidak , tetapi dua-dua penting bagi aku. Ye penting . Canon tuh aku nak wat shoot kat dewan yang maha panjang dan engan pelaburan aku tuh mungkin aku akan menjanakan duit untuk Mukhriz kelak dan keperluan mukhriz untuk masa depan pula juga kene berjalan dan harus dilaksanakan.

so aku mmg dalam dilema! tapi aku pikir balik better aku simpankan duit mukhriz di dalam SSPN dan aku akan beli dulu Senapang putih untuk pelaburan aku jangka masa panjang. Ye lau takda duit aku jual balik lah senapang putih tuh. ye mmg mahal menatang tuh. tapi aku perlukannya kerana banyak kerja foto aku dan memerlukannya .......

kepada mama , papa minta maaf kerana asyik men beskal jer pg2 dah takder keje lain agaknye...dan bulan depan bulan yang sibuk dengan sukan dan kerja foto. .....maaf sesangat! papa kene kerja kuat untuk kamu berdua......

Monday, February 21, 2011

Yang Lama Berulang+redha kerana ada Mukhriz= Die tak akan berubah



Ntah lah aku mals nak cakap kat sini. tapi nie blog aku dan suka hati lah apa org nak kata. aku mmg suke luah dalam blog. dulu dua tahun lepas aku pon luah dalam blog dan bila aku luah aku lege dan aku tak nak org baca dan kalau org lain baca jgn amik hati dan emosi.

ye aku mmg belum matang walaupun dah ader anak dan ye aku mmg belum tahu nak kawal aku punya redha dan ye aku tau aku bukan manusia yang cekal dan kuat macam orang lain.

ye aku mmg bukan lelaki yang boleh buat tak tahu dan ye aku mmg bengag!!!!
ye aku tau dua tahun lepas aku jatuh tak redha sebab benda nie. (benda biru yang mark zukenbegr buat ) ye tapi dua tahun lepas aku benci benda biru nie kerana menjahanamkan aku dan org sekeliling aku. dan kini macam mahu berulang.

ye aku mmg sayang Mark zukenberg dan aku mmg gunakan apa yg die buat untuk dapat duit. ye time aku tulis nie sebenarnye time aku buat lesson plan utk kimia esok tetapi hati aku remuk macam gambar kat atas tuh kerana benda dua tahun lalu bakal berulang lagi dan yang teruknya ialah kenapa tak belajar ari kesilapan.

ye aku tau sapa yang baca meluat tapi lelaki sahaja faham kalau lelaki tu tak faham maka ko bukan lelaki sejati. ye lelaki sejati yang ade semua sifat cemburu dan berbaur kemaharan wahima kau sukakan seseorang dulu kini dan selamanya.

ye aku mmg kurang faham dan kurang matang apabila berhadapan situasi dua tahun lepas!!!!. ye aku benci benda biru tapi benda biru nie juga bagi aku duit dalam foto aku.

ye aku dalam dilema. aku kene sembunyikan apa sahaja kehampaaan aku demi Mukhriz...ye demi mukhriz....ye demi mukhriz.

Sunday, February 20, 2011

AKu menangis seketika bila melihat Iateriku meraung kesakitan melahirkan Anak ku.








Ini merupakan video lagu di muat turun dari Youtube lah. Lagu nie best plak hahaha.

Selama aku berada di dewan bersalin melihat wife aku melahirkan anak aku. pehhh aku tak nak susahkan wife aku lagi, jgn marah wife lagi, jgn bebankan wife lg, kalau die nak apa beli kan jer jgn banyak tanyer.

Die nyawa2 ikan kat dalam tuh. kalau diingatkan balik mau meraung kesian kat wife aku. kepada yang belum kawen jgn sayang masa nercinta jer, lagi sayang biler melihat wife korang melahirkan anak kelak. Percayalah.

Foto lama bersama Wife...

Friday, February 18, 2011

Otoman Dan Botak+ Benda Adat (mcm khurafat) + aku ikot org tua saje.

Adat sebegini memanglah aku tak tahu. dan aku pernah lalui dulu semsa anak kakak aku. dan kini anak aku pula hahahahah
Tok ini sedng membuat sapu dari bencana katanya. ye niue mmg adat org jawa lama dulu. jgn di perlekehkan
Tukang urut bini aku Tok ...hebat die nie. boleh menghasilkan jamu yang bagus untuk kendungan. sesiapa yang belum dapat anak silalah berjumpa dengan die untuk dapat anak . die ada jamu untukk dapat anak katanya.
Mukhriz sedang di cukur rambutnya dan di timbang untuk di beri kepada fakir miskin berbentuk duit.
mukhriz (otomen papa) dh botak

Wednesday, February 16, 2011

Mukhriz+cikgu+foto+mama+....+ all merubah aku siot. KAmu dah jadi bapak Orang!






salam ini dah hari yang ke -4 mukhriz lahir kedunia. dan aku macam biasalah...macam tak percaya yang aku dah jadi seorang papa...

aduiyai semua oarang di dalam rumah ini jadi tak cukup tido kerana otoman nie suke berjaga malam, yerlah nak minum susu. bila nak minum susu die kejut mama die, biler nak berak kencing die kejut papa die, bila otoman nangis die kejut semua orang ..hahaha

tadi aku baru lepas balik daftarkan otoman papa nie kat JPN, dan pendaftaran memasuki jam 12 pm,...tak ramai org yang menunggu giliran untuk mendaftarankan urusan mereka. dan aku dapat fist que.

selesai sudah anak aku didaftarkan dan mukhriz mahathir nama di beri.
semua org pelik termasuk orang JPN. dan mereka hanya tersenyum memikirkan nama otoman papa nie.

ada yang tanya kenapa aku bagi nama macam tuh, ntahlah maknanya pon sedap dan mudah untuk diingat.lagi satu aku membesar pada zaman Tun Dr Mahathir dan aku tersangatlah kagum dan sentiasa mengikuti pekembangan beliau dalam Blognya Che det.com

ye aku mmg suka mahathir bukan aku fanatik die tapi aku suka die. dan aku mmg suka Tun.

ye dalam kegilaan aku dengan otoman aku nieh... aku juga tak terlepas dengan memikirkan anak murid aku di sekolah tuh..ntah apa jadi ngan mereka walaupon aku dah bagi kerja yang bnayk pada dieorang tuh. nasib baik ada Cikgu Fad dapat tolong aku siapkan soalan peperiksaan aku (kimia0..nnt aku belanja ko fad.

Foto aku macam biasa aku edit separuh2 jer kerana aku kurag tido dan teramat pedih melihat screen laptop aku nieh. mmg padat jadual foto aku untuk bulan hadapan dan baru sahaja dapat beberapa lagi Ass Wed dari Client ..hrmmm aku mmg penat dan aku harapkan Rakan2 foto aku menoong aku. tapi bagus juga kelahiran otomen nieh bagi aku kerja kuat siket tak lah asyik pospone jer kerja aku. hahaha


Alamak otoman papa muntah susu...ok ok ok aku chow dulu..k nnt aku sambung....

Sunday, February 13, 2011

Otoman Papa lahir ke dunia!











Nama saya Mukhriz Mahathir Bin Mohd Hafiez
Umur saya 2 hari beberapa jam semasa papa saya tulis blog ini.
saya berbangga kerana di lahirkan di hospital Pakar Sultanah Fatimah.

saya juga berbangga kerana di lahirkan di negara malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama.
saya berbangga kerana yang menjaga saya di hospital adalah dari pelbagai kaum
saya berbangga kerana lahir di dalam kerajaan yang stabil dan aman.


saya berbangga kerana bapak saya suker kamera dan nak ambil gambar saya banyak2.
saya berbangga kerana mak bapak saya seorang guru dan saya nak jadi lebih dari mereka! hahahah.


saya berbangga kerana menyebabkan papa saya tidur kat cafe sorang2
saya berbangga kerana buat mama saya sakit selama 4 hari berturut2 turut.

saya berbangga kerana saya ada atok tang pandai politik dan agama.
saya berbangga kerana saya adalah anak malaysia.

saya terkejut kerana bapak saya namakan saya Mukhriz Mahathir Bin Mohd hafiez!!!!!

YA papa saya mmg Taksub dengan Mahathir!


papa nak basikal!

Tiga Hari Sebelum Kelahiran Otoman Papa ke dunia








Salam dah empat hari aku tak bukak facebook, tak editing gambar, tak menanda buku, tak jalan2 dan tak segalanya tetapi solat hahaha.

aku di gegarkan dengan tagisan kesakitan bini aku pada waktu pagi area pukol 9.30 am. pada hari selasa selasa membawa kepada hari rabu,

aku mmg suke duduk lepak2 bersama bini aku depan komputer , depan TV dan tib a2 bini aku:
Bini AKu: bang ape nie bang darah warna coklat??
Aku: huh!!!! darah warna coklat alamak.
Bini AKu: bang dah kuar darahj nie bang (sambil cemas muke kerut)
Aku: ok jom2 kiter g spital naik subaru impreswifta!!!
Bini Aku: ok bang tgu jap nak kemas2.
AKu: cettt sakit2 pon nak kemas 2 dan nak solek hjahahaah


Aku pon bergegas lah kespital Pakat Tun Fatimah Muar, dan setibanya di sana misi pon chek lah mana yang patut dan tak patut.

setibanya aku dai dalam kaunter aku terjumpalah Sahabat lama aku iaitu fahmi SPN yang bibninya juga dah nak bersalin lalu aku borak2 lah ngan die. syok gak dapat jumpa kawan lama.

Then bini aku pon discharge masuk wad 13 kelas 1 bilik berempat. Aircond sejuk giler!
aku perhatikan sapa kata spital kerajaan tak best, maai bagus tol layanan misi kat sini dan sangat berpuas hati dengan fasiliti nya cukup dan setaraf Pantai aku cakap!.

aku mmg nak bini aku bersalin di spital kerajaan kerana lebih baik dr swasa . bagi pendapat aku lah.

cerita sehari dah habis
aku tido di balai penginapan di tingkat atas cafe hospital,,, boleh tahan gak sejuk dan sakit badan tapi aku bukannya sakit so jangan cerewet lah ....aku tido di siti dan solat di surau sebelah selama 4 hari berturut-turut. dan inilah kali pertama aku tak mandi 2 hari hahaha

ok aku tulis note nie sebenarnya bini aku dah bersalin baby dan pasal kelahiran akan aku ceritankan kemudian dan aku nak gomol anak aku du (" baby papapapapapa"

Tuesday, February 8, 2011

Kisah Subaru ImpreViva + Wira Buruk(bini aku cakap)+Ibu Mengandung+ Citer beli kete baru kete lama merajuk= Peh ##$%%@*@(*





Salam ,
hari nie aku tension tahap gaban tapi mmg padan ngan muka aku.

aku hari nie tajk datang sekolah kerana banjir dan aku digerakkan supaya melapor diri di sekolah allaudin di pagoh. aku pon pergi lah melapor diri macam askar.

Aku: Tuan haji saya datang utk melapor diri kerana banjir Tuan Haji.
Tuan haji: ok awak tulis nama dan tandatangan.
AKu: tuan haji boleh tak saya tandatangankan untuk kawan saya. Die kata die dah telepon tuan haji.
Tuan hAji: mana boleh . suruh org tu datang sini sain sendiri.
Aku: ah sudah masak ko zul (dalam hati lah)
ermmmmm tak pa lah tuan haji sy saja lah yang isi.

Aku: selepas ini saya nak kemana tuan haji???
Tuan Haji: awak pergilah merayau2 di sekolah ini dan apabila pelajar balik awak pon balik.
Aku: dalam hati " apa jadahnyer aku nak tunggu di sini, baik aku g muar tengok kete baru bapak mertua kau. hahah

pastu akau pon balik lah menuju kerumah bapak mertua aku dengan selambanya.

aku pon temankan kan lah bapak mertua aku g Honda showroom kat muar tuh.
then aku pergi ngan bini aku sedangkan bapak mertua aku dah kat sana lama dah.
dalam perjalanan tuh jalan sesak dan aku macam biasalah memaki hamun jalan kenapa lambat macam kure!!!!
\aku pon amek jalan pintas dan sampai dengan jayanya.

bincang punyer bincang bapak mertua aku pon setuju nak ambil honda accord 2.0 vti tuh dan aku pon balik dengan mak mertua kau dan bini aku dalam kereta Viva forever dan memandu pulang dengan kadar kelajuan hanya 90KM per minit kot.

aku punyer sembang dan aku pon berbincang lah ngan bini aku nak tukar kete Viva nie ke Honda Freed , sembang baik punyer tiba-tiba (bukan lagu tuh) streeeeeeeettttt!!!!! bang!!!!.

aku terkejut mangkuk rupenyer wira buruk dah cium bontot viva forever la plak!

dengan selamba nya aku turun kereta dan dengan selambanya aku salam mamat wira tuh namanya die "on" hahah ON .

bincang punyer bincang die ngaku salah dan aku mintak ganti rugi bengkel .

so terbanglah duit die. tapi duit aku terbang dulu kerana kompom aku gune duit aku dulu. cisssssss. then aku mmg benganglah yang teramat.

Time tuh lah aku nak servis swift aku , Viva dan bini aku nak bersalin.

dan moralnya jangan cerita nak tukar kereta baru berhampiran kereta yang nak kita tukar, kompom die akan merajuk!

mohdhafiez photoworks

Sunday, February 6, 2011

Last February Wedding assemblymen Before My wife "Beranak" due 13 Feb




Persandingan Nadia Dan Yazid merupakan Wedding Ass aku yang terakhir untuk bulan Februari. Aku kene tumpu sepenuhnya terhadap bini aku yang akan melahirkan anak aku yang pertama'First baby papa" pada 13 Feb. Kepada client yang telah menempah harap faham dan akan menjalankan kerja2 foto pada bulan March nnt. AMin doakan bini aku

Kisah Bandar tenggara dan Tido dalam kete Swift aku Depan KFC






Wedding Assemblymen di Bandar tenggara menemukan aku lokasi motocross ini. sewaktu sampai di sana latihan sedang dijalankan. so tak leh turun bawah. Pagi esok selepas selesai Selesai snap Nikah aku terus pergi ke litar amek sikit gamba tuk tatapan blog aku dan utk kawan-kawan yang nak datang sana. best tempat nie. Luper nak bawa MTB aku hehehe

aku mula mendapat message dr Nadia (klien aku) di bandar tenggara dan menyatakan untuk mengambil aku sebagai jurugambar mereka . dan aku setuju tanpa bnayak soal kerana tempat itu baru bagi aku dan team aku (kalau ada lah).

aku dengan tak tau apa2 berkaitan Bandar tenggara telah melakukan mapping ke atas jalan tersebut dengan print peta dai google hahaha. dan aku telah berjaya dapatkan nya.

setibanya aku di sana awal jam 11.20 am aku telah ke masjid untuk berehat dan setibanya di ana aku sempat solat jumaat dii sana. apa yang aku perhatikan di bandar tenggara terdapat banyak kemudahan yang bagus dan taman rekreasi yang maju. aku ingatkan disini adalah teruk dan kemudahan tiada.

bandar tenggara adalah alah satu tempat yang boleh menghilang kan tekanan., serius aku cakap. best wooo tempat nie.

Ada bank maybank, cimb , stesen minyak petronas dan shell, kedai makan berlambak, dekt ngan kulai golf orchad. dan macam2 lagi.

keesokan harinya selepas akad nikah aku pergi lah meronda-ronda di sekeliling taman dan aku dapati pelbagai taman rekreasi dan kemudahan sukan seperti tamnan air, stadium, litar motocross dan lain2 lagi ..datang sendiri dan tengok.

bagi akau di sini cukup bagus untuk shoot penggambaran imej mahupon filem . ya Bagus sangat!.

mohdhafiez photoworks

Percutian Ke Sabah Setelah 15 Tahun kepas

 

Popular Posts