"Macam lah tak biasa main langgar! then result hanya ade dua. Bagus atau tidak bagus. " aku dah banyak sejarah tentang benda langgar -langgar nieh"

1) dulu semasa aku darjah enam aku nak sangat main taekwando dan mak bapak aku sangat marah kat aku. tapi aku langgar jerk hasilnya aku dapat ytali pinggang hijau dan dapat sparring kat labis dan kalahkan sekutu kuat aku dan aku dapat medal. tu pon aku langgar jerk.

2) semasa aku sekolah menengah aku ade 8 org adik beradik dan aku nie mmg bukan datang dari gollongan berada dan pandai2 tapi aku lenggar jerk belajar tonggang langgang. aku siap pakai helmet nak belajar sebab umah aku agak bising time tuh hikhik. tapi aku langgar jerk . hasilnyer aku dapat gak ijazah hahaha.

3) semasa tingkatan Empat. aku berdegil nak masuk TEKNIK dan mak bapak aku mara sangat kerana kalau aku pergi taknik kompom bapak aku poyong sawit sorang2. ye aku adalah buruh kasar iaitu angkat kelapa sawit gunakan kereta sorong sejauh 3 hektar. budak sekarang mana raser. tapi aku masuk gak teknik dengan raser bersalah dan abah kurang sokong. hasilnyer gua dapat pelajar terbaik subjek mekanikal. bangga seh bapak gua pegang anugerah gua.

4) jangan kata aku tak langgar saja masuk universiti?? ye sebelum aku masuk universiti aku penat nak mati carik duit nak masuk UTM, gaji aku habis buat bayar yuran kemasukan UTM, gaji aku time tuh sekadar RM 350 sahaja, sekarang RM 350 dapat aper weh? hasilnyer aku kumpul duit dapat gak masuk UTM.

5) jangan kata masuk UTM bukan aku tak pandai tetapi aku smart (aku bukan nak bangga tapi ini adalah perkara pertama pelajar sekarang kurang ambil berat iaitu belajar kerana ilmu) biler ilmu kita sampai mati dapat belajar. aku ingat lagi cikgu Jayati math moden dan add math. aku masuk kelas tahanan dan kelas pemulihan selama 3 bulan seh!!!! malu tapi itulah hakikat. Aku dapat A gilerrrrr. Jayati pengsan tau aku dapat A gilerrrr. tapi aku sayang Jayati. kalau die tak masukkan kelas tahanan selama 3 bulan aku tak jadi org mcm hari nie.

6) dah kat UTM jangan kata takder dugaan. banyak giler weh ingat lagi aku kerana nak bayar yuran pengajian kerana biasiswa kau kene blok hasil kemalasan aku nak skor. tanye lah satu utm semua kenal burger dan hotdog aku. yer aku belajar berniaga dan politik untuk dapatkan tempat penjualan di UTM . banyak seh duit aku time tuh tapi biasalah bujang dan bukan nak kaye. sekadar lepas bayar yuran pengajian aku dah lah. (aku langgar juger) --rujuk jasmi marutai hakhakahk

7) aku langgar jerk extend 3 semester kerana masalah kewangan dan peribadi yang tak dapat di elak. ye aku bukan kaki peleseran tapi aku kaki godam fakulti hakhakhak. tapi aku dikenali di fakulti pendidikan . saper tak kenal BOTAK . dah habis aku godam UTM, hasilnyer aku belajar statistic dengan puan maizahura, kalkulus dengan en (aku luper nama tapi power lecturer nieh) dan korang mesti tak cayer aky dapat statistic II B+ dan kalkulus A-. aku mmg tau aku boleh skor cumer aku agak malas dan sambil lewa. nie yang pelajaran yg aku dapat.

8) kerja di Coffebean menemukan aku denganseribu satu pengalaman hidup, aku pernah tengok org makan rasuah, curi duit, campur mat salleh dan aku langgar jerk tapi aku tak pernah nak lepas iman aku. aku sentiasa jaga iman beb. aku take as expirience dan lam hidup aku (lantak lah ejaan salah). sekarang aku kalau pi airport senai aku mesti lepak dengan kawan2 coffebean. aku tak luper daratan beb. kerja kat hotel aku tak nak citer beb lagi banyak sosial depan mata aku tapi aku diamkan ajer kang kalau korang bacer ade yang tak tido malam mengenangkan nasib budak melayu hahahaah.

9) 2008--------------------aku start jadi cikgu. aku banyak liku hidup. aku raser dah sampai masa aku ceritakan semula kepada nak murid aku kisah yg aku alami bagi iktibar mereka sebagai anak melayu. sebenarnya banyak kisah yg serupa tapi aku ringkas kan.

10) jadi guru mmg impian aku sejak sekolah menengah. aku ingat lagi Cikgu Nurhanim (nama macam bekas ex gilfriend aku dulu) tapi serius nama sama. sebab die lah aku nak jadi guru kimia. sekarang aku raser apa yg die raser kalau budak tak lulus dan tak faham lalu hanya sekadar lulus peperiksaan. bukan ilmu yang ditagih tetapi A B C D ditagih. aku kadang2 mual dengan sistempendidikan kiter nieh. hueweeee.

11) 2011 ------------------aku akan langgar buat kali ke berapa aku tak tahu (cerita peribadi aku ngan wife aku aku tak nak cietr sebab aku sayang bini aku dan dah ader anak dah pon ) so citer bini aku aku raser bini aku lagi sengsara dengan keadaan die dulu. so jika kau cerita kompom korang menangis tak berenti (eh aku luper jangan baca entry nie)

12) bapak aku sakit aku burst 3 kad kredit berjumlah RM 10000 dan sekarang aku masih membayar nye. dan sekarang tinggal baki 1560 sahaja. aku sakit tapi itulah pengorbanan aku pada bapak aku. (aku langgar jerk guner kad kredit)

13) aku beli kamera canon untuk hobi dan kadang2 hobi aku nieh bagi duit kat aku so aku teruskan jiger hobi tersebut. aku langgar juger. beli canon dah berabis duit aku raser kerana hobi tetapi aku seronok tangkap gambar orang. (aku langgar jerk ) kalau org kata membazir hakhakhakketuih. tapi bini aku support suder lahhh.

14) Last Rumah yang aku nak beli nie pon aku main langgar jerk , "terjun dulu baru pikir nak landing kat mana" aku akan cerita bab rumah bila dah dapat pindah milik rumah tersebut. sebagai panduan dan pedoman pasangan lain di luar sana. kekadang rumah nie penting bagi keberlangsungan hidup orang lain dan walaupon bukan diri sendiri teteapi mak bapak aku mmg nak aku ader rumah sendiri macam adik beradik llelaki aku yang lain ( ejaan banyak salah dan putar belit ) lantak lah aku langgar jerk dan aku bukan guru bahasa faham!.

14 Noktah

Comments

Popular Posts