Friday, July 11, 2014

YA ALLAH BAGILAH AKU KEKUATAN UNTUK MENEMPUHI TUGAS SEBAGAI SEORANG GURU.

1) ADOI ..serabut betul hari nie....banyak call...banyak keje....pening arrrrrr.....


2 JK kehadiran masih sama ...die tak datang lagi...pengetua dah jumpa aku bertanyakan pelajar nie....adoi nak jawab macam mana yer??? jawab lah...

3) Guru kelas harus ambil berat mengenai pelajar ...dan aku guru kelas dan mereka anak-anak kelas aku. tu aku faham....ok so sekarang nie nak aku pantau 24 jam ker aper...its ok kalau untuk di sekolah....tak kan sampai rumah ...sampai jamban aku kene ambil tahu....adoiii...nak buat macam mana...tugas guru bukan sampai di sekolah sahaja....meliputi semua....

4) dapat report dari mulut mulut mengatakan ada pelajar kelas aku nie tak balik umah semalaman...ermmmm memachakkkkkkkkk. tu jer aku fikirkan sebab .....entah lah...

5) ok siasatan ....pengetua suruh aku buat surat amaran pertama dan kedua ...aku dah buat....masuk amaran ketiga belum lagi sebab belum cukup tempoh.....

6) ok aku bukan nak sangat kick out pelajar keluar sekolah dan bukan inspirasi negara malahan inspirasi aku menjadi guru untuk membuang pelajar nie sesuka hati...banyak prosedurnya....

7) ok nak dijadikan cerita pengetua mahukan aku memantau pelajar perempuan nie yang dikatakan telah pergi kesekolah awal pagi tapi tak sampai sekolah...ibu bapa nya risau dan cari sampai ke rumah kawanya. ...kawan-kawan cakap pelajar nie tak datang sekolah dan aku catat mmg tak datang. yang pelik nya , mak die kata anak die ke sekolah pagi -pagi!!!!

8) nampak permainan pelajar nie....aku pon jadi ahli gossip mak jemah tanya kat kawan baik die nie...."ko rang tau ker mana budak nie pergi jemah oiii..." entah lah cgu saya nampak die g bandar segamat dengan pakwe die cgu"...nahhhhhhhh amik koooooo!!!!! memachakkkk kerrrr....kecik-kecik lagi dah pandai kuar ngan jantan's ker's.....

9) ok mungkin tidak...aku berprasangka baik lagi....mustahil sebab die nie macam baik jerk...aku mmg suka pandang positif...tapi bila hari nie die masih tak datang sekolah dan aku rasa ade sesuatu yang berlaku.....keluarlah cerita pelajar nie dah kat KL bersama pakwe die....adoiiiiii....

10) aku rasa lahdie nie mmg sengaja cari pasal ngan aku....siap ko aku cari sampai rumah ko nnt...sedialah berjumpa dengan kaunselor....aku segan ngan pengetua macam aku nie tak pandai jaga anak...padahal mreka nie anak  murid aku jerk....tapi itulah bila jadi guru kelas....semuanya ibarat Bapa kedua beb!.

11) aku harap die tak di apa-apakan oleh jantan's tersebut kalau betul lah die keluar ngan pakwe. (kalau ikut rekod mmg minah nie mg ada boyfriend siap cakap dah tunang) ker sembang lebih sial lah aku kene kencing!...tapi kan dah tanggungjawab aku sebagai seorang guru yang berdedikasi untuk menyelamatkan keadaan agar tak jadi lebih mengarut dan mencarut.....

12) pertama sekali akan aku bawa HEM pergi kerumah si minah's nie....nak tau apa masalah lubang tandas die ...masalah tingkap rumah die...mana tau...ikut pakwe dapat makan free KFC ker...dapat makan McD israel Free ker ...dapat tonggek atas RXJek pon ok aper bagi mina's nie...(aku berprasangka baik) ...

13) boleh diselamatkan lagi nie...aku yakin die masih pandai jaga diri...


aku yakin mereka semua pandai menjaga kehormatan diri dan keluarga. mereka semua anak yang baik...mungkin ada segelintir yang menjadi mangsa keadaan dan memerlukan perhatian lebih oleh kita yang harus mengambil berat keadaan mereka.


jangan biarkan mereka terjerumus ke lembah yang hina...kita sebagai guru harus menjaga mereka dan memastikan mereka tidak terjebak. jgn angkat muka untuk mencari A sahaja. pandang mereka nie. dimanakah hala tuju mereka. 

14) tadi semasa kelas math...aku ambil keputusan untuk membuat house keeping sedikit dan hasilnya kelas agak cantik hihi. dan apa yang mengejutkan ialah....

15) pengakuan jujur oleh seorang pelajar aku nie....."SAYA MINUM ARAK DAN MAIN PEREMPUAN CIKGU" ....lu mmg hebat! nak kene ko nieh....nnt lah aku cerita....untuk pengajaran bersama...(anak murid aku masih boleh diselamatkan lagi ok ) .

Thursday, July 10, 2014

Saya Bangga Sedikit Hari Ini walaupun ada sedikit kecewa.(anak murid ponteng sekolah sebab nak jumpa pakwe)-macam taikkk



1) Masuk kelas dengan semangat...hari nie dapat cetak soalan mate yang amat banyak....dengan harapan boleh digunakan oleh pelajar 5MR (kelas hujung yang amat hebat). tapi hanya jumlah yang banyak tapi entah lah boleh atau tidak aku gunakan bahan itu tuk bantu mereka? adoiiiii.

2) hari nie juga dapat kawal pelajar...senyap sedikit lah mereka -mereka nie. ade gak lah yang macem haremmmmm x dengar kata...biasalah (budak baru nak uP) wekkk.

3) Pantang bila nampak pelajar baju tak masuk dalam....yer lah aku pon x pakai tali leher...aku boleh terima sebab Malaysia nie negara yang panas...org bongok jer pakai tali leher time panas ....(bongok tuh bodoh nak kojol) tapi kalau takut ngan org atasan terpaksalah pakai...kene rasional lah beb. tapi kalau tengah panas baju tak masuk dalam mmg aku panas! aku pon masuk dalam...tapi hari nie syukur bila masuk kelas aku semua baju masuk dalam....sorry lah kene sebat yang tak masuk dalam baju. cgu syg kamu tu maknanya. nak kamu nampak semart! 

4) ok yang kecewanya tadi aku tak boleh nak fahamkan tajuk penjelmaan ...adoi aku mungkin silap ....sebab kalau nak melentur rebung biar dari rebung kan, maknanya nak ajar penjelmaan mesti lah dari asas. nie asas pon aku nak perkukuhkan ...nak ajar soalan SPM...mana boleh!...

5) ok pengajaran dari sini...jgn terus nak buat soalan SPM jer tanpa melihat asas yang kukuh mereka. so nasib baik sedar awal. Esok harus cetak banyak modul asas penjelmaan. sebab ada di antara mereka boleh untuk menjawab soalan tersebut. 

6) sebenarnya ada beberapa org pelajar yang boleh diketengahkan untuk mendapat gred yang cemerlang dalam matematik ...bagi aku jika kelas hujung dapat B dlm SPM bagi aku cukup membanggakan aku dan sekolah. So aku kesian yang nak berjaya nie. datang jumpa aku tiap hari sebab nak berjaya. aku tak nak kerana sebahagian daripada mereka tak nak cemerlang yang nak cemerlang nie aku sekat. oh no!

7) kalau zaman aku sekolah dulu tiada guru yang nak push the limit macam aku buat sekarang, dulu aku push button aku sendiri. guru hanya sebagai pembimbing. sekarang guru banyak memainkan peranan. untung mereka kan. tapi x nak gunakan ini sebagai batu loncatan. kecewa aku.

8) ada rakan menganggap aku terlalu baik untuk pelajar sehingga pelajar tak rasa aku akan bertegas kepada mereka. tapi itulah aku. tak pandai nak marah. tapi kalau dah marah...memang aku tak pandai marah...sebab aku hanya tahu bercakap apa kesan kalau mereka buat aku macam itu dan ini. mereka yang rugi. 

9) aku dah buktikan ....ada pelajar yang tahu dan kenal aku dan gunakan aku untuk mereka berjaya ....dah ada hasil. ramai dah yang kat Universiti dan ada yang jadi orang berguna. Im bangga u. :) 


10) esok adalah cerita pasal anak murid aku Tido umah jantan sebab nak cari glamour..,..hotak die. 

Wednesday, July 9, 2014

AKU GURU BIASA BUKAN GURU CEMERLANG PON TAPI AKU ADA HASRAT NAK PELAJAR CEMERLANG.

1) OK...gambar diatas tu sebenarnya untuk anak aku Mukhriz Mahathir 3 tahun yang suka sangat nak membaca dan mengira. Atok die yang ajar membaca....huh aku.....aku sibuk (bahasa play safe)...aku sebenarnya tak pandai nak mengajar atau mendidik kanak -kanak kecil, Atok mukhriz lebih arif tentang alam pembesaran kanak-kanak...

2) melihat kaedah yang digunakan org tua untuk mendidik adalah menggunakan kelembutan dan kasih sayang ...dan anugerah kepada sesuat pencapaian. (macam theori thorn dike jer)....ye....mereka dah lama tahu seblum aku masuk universiti lagi. 

3) mukhriz umo 3 tahun dah boleh kenal hiruf dan nombor malahan tulisan jawi juga lancar...aku agak cemburu melihat perkembangan mukhriz sebab bukan aku yang didik hihi. tapi itu merupakan satu peneguhan kepada asas mukhriz tu juga. Tahniah Atok :).


4) maka dengan kaedah yang digunakan itu juga aku cuba pelajari dan aplikasikan kepada kaedah pengajaran aku di sekolah. (aku cikgu rupanya) ....aku dulu kat universiti asyik terbayang kerja cgu nie mesti ajar pelajar sampai pandai then berjaya dapat A.  tapi bila dah masuk kerja dah masuk 6 tahun baru aku tau kerja cgu tu amatlah payah dan amat berisiko. 

5) gua cakap lu huh!!!! lu salah didik ! lu salah ajar ...mereka bakal pemusnah, pengganas, pemabuk, pembunuh malahan perosak bangsa tauuuuuuuu. so jadi cgu jgn main-main.....jgn main-main...jgn banyak main-main ok ok ok. 

6) setiap hari aku pergi sekolah menaiki dulu subaru impreza kemudian subaru impreviva kemudian toyota wish kemudian suzuki kemudian toyota viva (eh ada eh) now subaru kancil pula (ade beb baru kuar ) ....jarak 81.4km pergi dan balik. 

7) setiap hari mengelamun nak ajar pelajar macam tu macam nie....tapi last-last aku ajar macam itu daaaaaa(macam aku yang faham sorang) yer lah aku ajar kelas hujung semua ....tapi syokkk sebab aku kenal semua pelajar aku ....

8) pelajar kelas hujung mmg pelik...mereka ada dunia mereka sendiri. mereka suka bercerita mengenai teman lelaki mereka dan tanpa segan dan silu (celah gigi) cakap pakwe die besor! gila punya ! ....macam die sorang ade pakwe. 

9) but mereka semua boleh diajar lagi. aku cuba kaedah Atok ajar mukhriz secara gentle dan tegas.  aku sekarang dalam kaedah tersebut ....bagi lah aku masa....aku cuba nak bagi mereka nie lulus dengan cemerlang duia mahupun akhirat.


10) so gambar hadiah dibawah merupakan habuan kepada pelajar yang boleh menjawab soalan yang agak susah......dalam nya aku cari dengan penuh semangat dan keringat (cehhhhh) demi anak bangsa aku nie. (sapa lagi kalau bukan kita) .......ok 


ok dah jam 12.07 pagi aku nak tido ....jumpa lain hari. 

setiap hari aku cuba nukil kan tentang kehidupan aku sebagai seorang guru (aku ajor mate) dulu chem sekarang mate....mate mate macam citer Ice Age jerkkk....:)


Monday, July 7, 2014

Kerana Rotan Akan Aku Dibenci?

7 Julai 2014 11.11 pm (waktu bulan ramadhan).

1) ini merupakan rencana/coretan aku selaku guru matematik 2014. 

2) hari ni aku menggunakan pendekatan merotan pelajar yang aku sangat sayang (hihi kelas aku sendiri la tuh))

3) Tak boleh tahan kene provoke dengan anak murid sendiri. ini lah cara yang aku rasa bagus untuk mendisiplinkan mereka.

4) bukan kuat pon aku rotan. sekadar untuk mendisiplinkan mereka dengan kaedah kekerasan. seminggu lambung baik seminggu lambung rotan.

5) bukan apa , aku takut suatu hari nanti jika mereka jadi manusia bagus lah (tak kan beruk pulak kan). dan jika mereka tak jadi orang ....????

6) aku hanya menjalankan tanggungjawab aku selaku guru mereka. 

7) aku tak nak suatu hari nanti mereka akan cakap " nie lah cgu aku kalau die tegas kat aku mesti aku berjaya". so aku tak nak benda tu berlaku. 

8) SEBELUM MEREKA GAGAL KERANA AKU TAK TEGAS, BAIK AKU SEBAT DAN BERLAKU TEGAS. 

9)minta maaf kepada semua. Cgu mesti buat kamu rasa sakit :(

Percutian Ke Sabah Setelah 15 Tahun kepas

 

Popular Posts