Pemergian Abah garang yang meninggalkan kami sekeluarga.

 salam...coretan kali ini agak sedih tetapi masih lagi boleh menulis buat kali terakhir untuk bulan ogos ...masuk bulan baru....bulan 9 nie abah genap 73 tahun.
 mungkin kali ini aku akan kerinduan susuk tubuh abah yang besar dan dahulunya garang tetapi membawa seribu makna garang bagi aku. Mungkin aku akan rindu Hospital Sultanah Nora Ismail sebab disinilah abah di rawat selama 4 tahun beb. lama tuh. dah macam rumah kedua nie.
 abah yang berbaju cokelat, dan yang lain itu adalah adik-adik beliau...hanya empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. semuanya mmg mempunyai kreadibiliti masing-masing. abah anak no dua ....segak, macho dan tanpan hihi...tapi bila dah sakit semua itu tiada , yang ada hanyalah harapan ....tetapi setiap kali kita sakit dan redha insyaAllah akan ada ganjarannya.
 daripada hospital lama sehinggalah hospital yang baharu ...abah dah rasa.
 gambar ini gambar abah semasa abah sebulan sebelum pemergian abah....gambar yang menceritakan seribu makna dan macam -macam perkara. terus terang aku katakan ...abah seorang yang penyayang kepada semua -anak-anaknya tetapi amat amat amat amat amat amat tidak ditunjukkan....malahan susah nak melihat penyayang itu.....tetapi dizahirkan secara lain ...dan amat terkesan hari ini. amat amat amat.

abah dalam diam-diam telah berkerja keras menbuka sebanyak mungkin tanah di kampung untuk sapa??? untuk anak-anaknya...tapi kami masih tak mahu menguruskannya. ....abah siapkan sediakan sebuah rumah setiap anak lelaki dan itu kami rasa itu adalah sia-sia...tetapi kami silap , itulah kasih sayang yang amat besar buat kami....

abah dahulu tak pernah bagi aku duit yang banyak tetapi kereta sorong, pongkes, galah tajam....untuk apa?
pi petik buah sawit tuh....jual dapatkan duit....sampai satu tahap aku larikan diri masuk sekolah asrama sebab tak nak kerja ngan abah angkat buah sawit....tapi sekarang aku akan memikul menguruskan kebun abah dengan anak lelaki yang lain...

abah selalu kata jgn bazirkan duit beli benda tak tentu pasal. sekarang baru aku faham....abah banyak berkorban untuk anak-anak...sampai saat nak meninggal pon masih nasihatkan anak -anak jgn tinggalkan solat lima waktu...abah mmg amat penyayang....memikirkan anak-anak sampai akhir hayatnya...maaf kan hafiez abah.....maafkan hafiez.....
 hanya alfatehah dan doa anak soleh sahaja akan aku kirimkan buat abah ....abah dah tak da, kami dah tak ada abah di dunia tetapi ada di akhirat nnt. Abah sakit selama 4 tahun dan amat terseksa....sakit itu menyucikan dosa.
 pos surat rumah abah pon dah hancur ...anak-anak masih tak nak buat rumah kat kampung....insyaAllah kami akan tunaikan hasrat abah itu.....kami sayang abah.

 bagi Mak kehilangan abah adalah keredhaan Mak. Mak menjaga abah selama 4 tahun lebih dan selama itu mak jauh daripada kegembiraan dan keselesaan, menempuhi onak duri bersama org yang amat dicintainya...cinta sampai hujung nyawa ....mak sekarang akan keseorangan dan mak akan menempuhi hari-hari yang berlalu dengan anak-anak....kami akan menjaga mak sampai akhir hayat kami Mak...itu janji kami...syurga kami di tapak kaki mak...

mak selalu cakap mak tak nak tinggal abah kat hospital sorang-sorang, tapi anak-anak masih banyak alasan yang macam taik...penting sangat ker arahan org atsan sampai mak sendiri kene jaga abah sendirian...itu untuk aku,...bodoh nak mampos aku time tuh ikut sangat arahan org atas kerana kerja yang ntah ape aper.  apa lah salahnya aku berfiukiran jelas sedikit ...abah dah sakit ...mak sakit sebab jaga abah sorang-sorang..ini semua salah anak-anak...macam ...^&^*.
 ini merupakan gambar abah yang mana ini merupakan gambar terkhir abah dimasukkan ke wad sebelum 11 hari beliau akan menemui Allah. aku akan rindu saat ini dimana abah kata ...dah nak masuk dah tak nak keluar...banyak maknanya tuh..




 gambar diatas adalah kenangan terakhir anak -anak abah menjaga abah.....sebelum abah pergi kakak yang sulong sempat jaga abah selama seminggu 24 jam. aku rasa akak juga dah dapat tahu abah akan meninggalkan kami buat selamanya...dan akak jaga abah buat kali terakhir untuk berbakti kepada abah...kami amat kurang bakti kepada abah....

sebelum pemergian abah kami sekeluarga menjaga abah secara bergilir dan tak pernah kami lakukan selama abah sakit. dan cara kami jaga menunjukkan kelainan dan baru kami perasan yang itu adalah jagaan terakhir kami buat abah.
 ini merupakan gambar pada 24 Ogos 2014 pada pukul 10.30 malam.....dan selepas itu saya sendiri menyaksikan kejadian yang amat membuaka mata dan kekuasaan Allah .....


abah seakan -akan melihat sesuatu yang datang kepadanya dan abah seakan -akan memanggil sesorang yang aku tak nampak pon.....

aku perhatikan abah berpeluh secara perlahan-lahan nbermula daripada kaki dan naik keatas dan sampai satu waktu abah mengadu terasa haus dan aku memberinya minum dan die hanya mampu minum seteguk dan berehat semula....

kelihatan abah semakin banyak berpeluh dan badanya berasa sejuk dan segala nya bertukar kepada peluh yang banyak.

aku perhatikan tanda-tanda pada abah semakin jelas...

telinga abah sudah jatuh kebelakang, hidung abah jiga jatuh seperti bengkok, mata abah sudah kurang bertindak balas....abah sakan -akan menyedari kehadiran mahluk lain di sisinya.(malaikat)....


12.50 pagi 25 ogos 2014 abah memanggil -manggil seseorang yang aku tidak nampak...abah seolah -olah memanggil mereka dan abah melihat mereka dan abah berkata "mari sini dekat sini" ....

abah hanya menunjuk jari telunjuk ke arah mereka dan aku sempat mengajarnya selawat dan sebutan .."Allah"...Allah"... abah hanya ikut dan tidak lama abah menangis  melihat arah hadapan seolah-olah ada sesuatu di depannya...

abah hanya mengalirkan air mata dan tersenyum kearah mereka lalu menutup matanya secara perlahan-lahan.......aku tahu abah sudah tiada...dan aku hnaya memandang kemas matanya dan memanggil nurse yang bertugas.....

doktor dan nurse telah menjalankan prosedur keselamatn menyelamat dan doktor telah berusaha kuat untuk selamatkan abah...tapi Allah telah mengambilnya ....hanya rahsia Allah sahaja yang masih hebat ....Abah di sahkan meninggal dunia pada pukul 1.30 dan itu lah..........





disini saya mohon kepada sesiapa yang mengenali abah saya, saya mohon maaf buat beliau jika ada perkara yang tidak menyenang kan selama abah hidup di dunia....halalkan makan minum dan hutang piutang abah, jika ada perkara berbangkit silalah jumpa saya atau ahli keluarga saya....

Alfatehah...Hj Tasilim Bin Hj Jumiran 1942-2014

Comments

Assalamualikum hafiez.. salam takziah..saat ini air mata aku je yg ade..teringat abah aku..Alfatihah untuk arwah..
nobelsheha@gmail.com said…
Alfatihah ....
Semoga dicucuri rahmat
Cikgu Hafiez said…
Alfatehah juga buat Ayah awak Zue. Arwah kawan baik ngan ayah awak. :)
Cikgu Hafiez said…
Terima kasih, jagalah ayah dan ibu

Popular Posts