Seronok Sebagai Jurugambar Sambilan & apa kelebihannya.


Salam ramadhan dan salam muhibah buat semua pembaca entry kali ini. Penuh dengan tugasan kerja hakiki dan tak lekang pula kerja yang di cari sendiri. hrmmmm. Gambar diatas merupakan gambar Keris bagi mat salleh yang baca entry nie dan bunga kepada mat rempit yang tak ada hati perut.

16 september hari bertuah buat pasangan Bazli dan Ida yang selamat di ijab kabulkan dan aku sebagai jurugambar mereka berasa seronok dan best sesangat. Kerana (ayat Jaqcualine ) aku baru tersa ayang aku nie bukan seorang jurugambar perkahwinan tetapi lebih kepada jurugambar peribadi dan keluarga. Kenapa aku cakap macam ini adalah kerana aku suker lihat telatah mereka sekeluarga dan bagi aku mereka sekeluarga melayan aku dengan baik dan aku selesa denagn mereka.




 snap wedding adalah perkara biasa bagi aku sejak tahun 2008 menceburkan diri dalam bidang ini. Tetapi sejak dari itu aku tidak pernah merasa yang aku sebagi jurufoto peribadi. tapi kali ini aku akan buat setiap detik yang aku snap menggunakan Canon 7D aku dan 50D aku berlenskan 17-40 L USM dan 50 1.4 USM berkhidmatkan dua studio light Bronic dan photic trigger serta Nissin Professional Di888 yang entah ape ntha tuh.. Hello brother nie lah fes time aku snapo wedding solek selepas Zuhor!!!!! nie yang aku tunggu -tungu selama beberapa tahun.

Aku amat seronok kerana masih ada pihak yang mengambil berat mengenai perihal Keagamaan dalam perkahwinan. Maksud aku bukan semua tak ikut Peraturan agama wahimah anak Ustaz sekalipon hahaha. (rujuk bini aku ) hahhahahatetapi aku amat respet terhadap keluarga ini kerana menitik beratkan soal Agama dalam apa jua sekalipun. Logiknya ialah bersolek mestilah selepas zuhor dan pengantin dapat solat terlebih dahulu dan akan mendapat keberkatan dunia dan akhirat! betul tak? mestilah betul kan.hahaha.




Sejak dari perbincangan untuk menghire aku sebagai jurufoto mereka aku dah agak dah mereka nie adalah golongan yang baik-baik diciptakan Allah dan aku bersyukur mereka di pertemukan jodoh dan aku doakan agar mereka dapat menimang cahaya mata cepat kelak.

Aku harap pada masa akan datang lebih banyak pengantin dan keluarga pengantin alert akan ketetapan masa untuk perkahwinan supaya tidak melanggar hukum agama dan lebih mencari keberkatan. Bunyi DJ yang perlahan atau lagu ketuhannan sepatutnya di main kan sewaktu majlis seperti yang dilakukan keluarga Ida dan Bazli ini. Tahniah aku ucapkan.




                                           post menarik dari Ida Damia (nama Facebook ) hahaha



Kali nie juga aku snap wedding memakai baju melayu lengkap! hahaha kali kedua kot selepas dua tahun kali yang terakhir, hahaha biar proper lah katakan. Kalau tengahari atau petang mmg tak pakai lah tapi malam mesti pakai baju melayu . nampak kemas dan bersih wahmah aku tak portong rambut lagi hahaha.


ok tunggu gambar sesi potrature outdoor mereka pula minggu depan yer ......

Comments

Popular Posts